Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syarikat Minyak & Gas Berpengkalan Di Korea Beri Bonus 120 Bulan Kepada Pekerja

syarikat minyak & gas berpengkalan di korea beri bonus 120 bulan kepada pekerja

Syarikat minyak dan gas yang berpengkalan di Korea Selatan, Hyundai Oilbank baru-baru ini telah mengumumkan bonus sebanyak 120 bulan gaji kepada kakitangannya.

Advertisement

Ini kerana prestasi syarikat yang amat baik dan keuntungan syarikat tersebut meningkat sehingga 226% pada suku ketiga 2022 sahaja. Syarikat berkenaan memperolehi keuntungan sebanyak $2.9 Billion. Keuntungan ini menyaksikan pekerjanya diberi 1000 % daripada gaji tahunan mereka. Tetapi mereka tidak mendedahkan nilai sebenar bonus yang diberikan namun pada tahun 2021  ada pekerja mereka yang mendedahkan menerima bonus pada kadar 600%.

Syarikat minyak & gas yang lain juga dijangka akan mengumumkan bonus tidak lama lagi bagi pekerja mereka setelah mencatatkan keuntungan seperti SK Energy, S-Oil dan GS Caltex.

Sebelum ini, viral berita berkenaan sebuah syarikat kapal kontena dari Taiwan , Evergreen Marine Corp yang memberikan bonus sehingga 52 bulan kepada pekerjanya.

Sumber: Astro Awani

Muzik Hit Terkini