
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar ambil maklum tentang kenaikan kos hotel di Mekah & Madinah. Kenaikan kos ini memberi kesan terhadap jemaah umrah .
Advertisement
Oleh itu, beliau akan mengemukakan isu ini dengan pihak Arab Saudi. Ujarnya kenaikan kos hotel ini di luar kawalan pihaknya. Bukan sahaja jemaah dari Malaysia, malah negara lain juga turut merasai kesan yang sama.
Beliau juga meminta agar pihak agensi umrah tidak menaikkan caj dengan kadar yang terlalu tinggi dan dapat mempertimbangkan kaedah lain supaya tidak membebankan bakal Jemaah.
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) semalam sudah meminta bakal Jemaah untuk bersedia dengan kenaikan kos umrah berikutan kenaikan harga hotel di Mekah & Madinah.
Sumber: Astro Awani