Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Catch Them All… or a Porsche!" Kolektor Malaysia Nak Lepaskan Koleksi Pokémon RM1.87 Juta!

catch them all… or a porsche! kolektor malaysia nak lepaskan koleksi pokémon rm1.87 juta!

Foto: Facebook (Damiral Imran)

Advertisement

Seorang pengumpul koleksi Pokémon Malaysia, Damiral Imran, menarik perhatian komuniti pengumpul dan peminat Pokémon apabila mengumumkan hasratnya untuk menjual sebahagian daripada koleksi kad Pokémon miliknya yang sangat rare dengan nilai mencecah RM1.87 juta!

Menariknya, Damiral juga terbuka untuk pertukaran dengan sebuah Porsche 911 Carrera 4S, asalkan disertakan sedikit wang tunai tambahan.

Menurutnya, tawaran tertinggi yang diterima setakat ini adalah sekitar RM1.68 juta, namun beliau masih menunggu pembeli yang benar-benar menghargai nilai sejarah dan keunikan koleksi tersebut.

catch them all… or a porsche! kolektor malaysia nak lepaskan koleksi pokémon rm1.87 juta!

“Ini bukan sekadar kad, tetapi sejarah, kejarangan dan legasi dalam satu vault,” katanya.

Beliau turut berkongsi tangkapan skrin daripada platform penilaian kad global, Shiny, yang menganggarkan nilai keseluruhan koleksi itu sekitar RM2 juta.

catch them all… or a porsche! kolektor malaysia nak lepaskan koleksi pokémon rm1.87 juta!

Sebagai bonus menarik, pembeli bertuah bukan sahaja akan memiliki khazanah Pokémon yang luar biasa, tetapi juga akan menerima koleksi kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma.

Dan bagi mereka yang berjaya memperkenalkan pembeli kepada Damiral? Ada ganjaran lumayan menanti, iaitu komisen sebanyak RM50,000!

Langkah berani Damiral ini membuktikan bahawa hobi mengumpul kad bukan sekadar permainan zaman kanak-kanak, tetapi kini telah menjadi pelaburan bernilai tinggi dan simbol prestij di kalangan pengumpul  moden.

Sumber: Facebook (Damiral Imran)

Muzik Hit Terkini